My Friends

Ahad, 18 September 2011

Mengapa pula bendera yang perlu ditukarkan? Alaahai...

Baru sahaja beberapa hari PM umum ISA akan dimansuhkan sudah ada yang mendesak @ mencadangkan supaya bendera Malaysia ditukarkan . Adakah ini smengat yang ditunjukkan oleh para politikus-politikus yang hanya mementingkan "political milage" mereka sahaja



Mengapa selepas 54 tahun kita merdeka, perkara ini dipertikaikan . Adakah kita dipandang hina dek kerana apa yang kita miliki sekarang ini .

Atau kita merasa kurang bertuah kerana memiliki bendera yang sudah lama menabur jasa mengibarkan imej negara yang baik di mata dunia.

apa pun alasan kita , berpijaklah di bumi yang nyata . tepuk dada, tanya iman

Khamis, 8 September 2011

Cuba korang tengok yang ni

yang ni pun nak ajar ke...?


cuba korang nilaikan sendiri apa yang korang lihat ni ..........

Mat Indera terkejut






Kalaulah Mat Indera (al-Fatihah untuk Allahyar­ham) masih hidup, dia mungkin terkejut kerana tidak sangka dirinya jadi kontroversi selepas lebih 60 tahun peristiwa Bukit Kepong. Masakan tidak orang yang membuat orang kampung takut nak keluar rumah, risau anak dara kena bawak lari kehutan menjadi hero malaya. Pas pulak sibuk suruh kerajaan buat Jawatankuasa Kabinet untuk membetulkan sejarah titik hitam mangsa komunis awal tahun 50-an sehingga 70-an. Risau pulak aku kalau sejarah negara boleh diubah, apatah lagi Perlembagaan Negara. Negara Islam jadi Negara Berkebajikan, ada mungkin Islam agama rasmi persekutuan pun boleh diubah. Makin banyaklah golongan murtad...


Mungkin ini yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad tentang umat Akhir Zaman


Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, “Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.” Lalu baginda pun bersabda, “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.”
H.R. Abu Daud dan Tirmizi



http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story9506824.asp

Pas tak pas pilihanraya?

Kalau tarikh puasa dan raya dah diumum, juak-juak Pakatan Rakyat mula mengira bila la plak tarikh pilihanraya. Apapun kena lah nilai diri dah layak ke korang dipilih jadi pemimpin Negara @ Negeri. Banyak hutang dengan rakyat belum selesai, cuba check:
1. Kata nak nak bagi duit tok anak selangor yang lahir kat selangor. X dapun.
2. Anak aku sekolah dari Tabika dan masuk darjah 1, haram 10 sen pun tak dapat. Ingat antar kat PASTI, pasti dapat... nganga juga?
3. Kilang arak janji nak tutup, pulang balik ada la.
4. Elaun warga emas, nampak gaya kena tunggu jadi warga kubur.


Banyak lagi la... malas nak cakap, lu pikir la sendiri.....

Rabu, 7 September 2011

Salam AidilFitri Salam Persahabatan

Assalamualaikum W.T.H,
Alhamdulillah di hari yang mulia dan berbahagia, bermula la episod baru dalam hidup ku pabila mula mengorak diri dalam blogger.. bukan ape sekadar menambah rencah dalam life aku yang simple.. so mungkin ada kurang n cacat cela, tapi aku x kisah. kalo ada yang nak komen ok je. pape pun biarla bebaik je udah la ye.