My Friends
Khamis, 8 September 2011
Mat Indera terkejut
Kalaulah Mat Indera (al-Fatihah untuk Allahyarham) masih hidup, dia mungkin terkejut kerana tidak sangka dirinya jadi kontroversi selepas lebih 60 tahun peristiwa Bukit Kepong. Masakan tidak orang yang membuat orang kampung takut nak keluar rumah, risau anak dara kena bawak lari kehutan menjadi hero malaya. Pas pulak sibuk suruh kerajaan buat Jawatankuasa Kabinet untuk membetulkan sejarah titik hitam mangsa komunis awal tahun 50-an sehingga 70-an. Risau pulak aku kalau sejarah negara boleh diubah, apatah lagi Perlembagaan Negara. Negara Islam jadi Negara Berkebajikan, ada mungkin Islam agama rasmi persekutuan pun boleh diubah. Makin banyaklah golongan murtad...
Mungkin ini yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad tentang umat Akhir Zaman
Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, “Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.” Lalu baginda pun bersabda, “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.”
H.R. Abu Daud dan Tirmizi
http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story9506824.asp
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan