My Friends

Rabu, 18 April 2012

BUKTI KETUANAN ANWAR?

Selangor tidak akan mengadakan PRU-13 mengikut masa bersama Kerajaan Persekutuan kerana senarai pemilih tidak dibersihkan? Tahniah la Pak Sheikh sebab dapat jawatan baru (Menteri kepada Meneteri Besar Negeri Selangor)

Penasihat Ekonomi Negeri Selangor menjadi Penasihat di Raja Negeri Selangor bila menetapkan PRU-13 tidak akan bersama dengan Persekutuan. Menjadi tanda tanya pada AMT bila masa pulak Pak Sheikh ni menjawat pemangku Sultan Selangor untuk membenarkan bila tarikh PRU 13 bagi Negeri Selangor? Apa mandat dia selaku MP Permatang Pauh dengan nasib Rakyat Negeri Selangor? Adakah Pak Sheikh menidakkan kuasa Sultan yang mempunyai kuasa membenarkan pembubaran DUN dan Kuasa Majlis Raja-Raja Persekutuan? Apakah pulak fungsi Menteri Besar Negeri Selangor yang diberikan mandat oleh Rakyat Negeri Selangor?. Tak kan selamanya MB Selangor jadi Pak turut?

Sedangkan selaku penasihat Ekonomi Negeri Selangor yang mendapat keistimewaan dari Kerajaan Negeri sepatutnya kenalah pikiaq macam mana nak jadikan Rakyat di Negeri Selangor menjadi rakyat yang kaya dengan mewajibkan pendapatan isi rumah mungkin RM 5000 sebulan.

Pak Sheikh x pikiaq ke kalau Pilihanraya berasingan dengan PRU-13, bukan ke membazirkan wang rakyat? kalau pun risau pada peningkatan pemilih sampai 35% bukan ke ada mereka yang mendaftar dari kaunter PAS dan PKR serta DAP juga, atau senarai Pemilih SPR hanya bersih bila hanya ahli Pakatan Rakyat yang mendaftar sahaja didalam daftar pemilih?

AMT ingat adalah lebih baik supaya rakyat Selangor nyatakan kat Pak Sheikh ni supaya PRU 13 buat serentak. sebab jadi satu hal plak nanti kalau suami mendaftar kat Selangor, Isteri daftar kat Kelantan nak ambil cuti sebab kena keluar mengundi. Tok Guru Nik Ajis pun nak buat Pilihanraya bersama Persekutuan. dahla cuti hilang, kalo cuti dah abis, kena potong gaji, silap ari bulan ada yang gaduh suami isteri dan anak beranak sebab tak tau sapa nak jaga anak. Tak ke naya rakyat namanya.

Tuntasnya, bagi AMT kalau PRU-13 dibuat cara berasingan mungkin ada rahmat nya dan musibahnya:
1. Rahmatnya, pasti ada penumpuan khas diberikan kepada Negeri Selangor (Mahkota Negara) dan Parti yang telus pasti mencapai kemenangan.
2. Musibahnya, gejala fitnah makin luas, sebab kalau BN menang di peringkat persekutuan maka akan ada bisikan pengundi hantu konon nya. Kalau PR menang maka porak peranda lah Dewan Negara pasal banyak  dasar x boleh dibuat secara bersama. xdala majoriti mudah dan banyak lah yang susah....

Jadi rakyat pikirlah ini ketuanan Rakyat atau Ketuanan Anwar?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan