My Friends

Rabu, 11 April 2012

SETUJU PTPTN DIMANSUHKAN.

PTPTN dimansuhkan pasti mendapat sokongan oleh anak-anak muda yang mungkin malas nak belajar atau malas nak kerja?. Ini pada dasarnya PTPTN bertujuan sebagai pengurus dan pentadbir dana untuk membantu supaya mana-mana anak Malaysia (Melayu, Peribumi, Bumiputra Sabah / Serawak dan lain-lain kaum-Cina, India, Singh, dll) yang gagal mendapat tempat di IPTA terkemuka di Malaysia dapat menikmati peluang menyambung pelajaran dan menjadi manusia yang pandai dan cerdik.
So.... bagi mereka-mereka yang mak bapak diorang yang tak ada tanah, tak kiralah Melayu, Peribumi, Bumiputra Sabah / Serawak dan lain-lain kaum-Cina, India, Singh, dll bersedialah untuk menjadi orang yang hanya mendapat pekerjaan bergaji lebih rendah dari ammah indonesia kerana tiada lagi peluang untuk melanjutkan pelajaran di IPTA/S kat dalam Negara mau pun luar Negara.

Ini memandangkan sesiapa yang lulus dalam ujian khas @ keputusan SPM@STPM yang SUPER lulus je yang akan layak menerima biasiswa.

Jadi yang ada tanah boleh la sambung belajar, anak-anak nelayan dan buruh biasa, sedialah galas kemiskinan dan kesusahan yang bakal dirasai.

Bagi anak muda yang panjang wawasan dan cita-cita, renungkanlah nasib anda, adik-adik anda dan orang sekeliling anda, mungkin bakal anak-anak anda . Janganlah terpengaruh dengan orang yang hanya mementingkan perut mereka sahaja. Mereka yang telah menikmati hasil PTPTN janganlah pentingkan diri sendiri sahaja. Bos-bos PTPTN janganlah mengejar keuntungan semata-mata. jika ada pelanggan anda yang memerlukan anda layan la dengan baik. Jangan hanya hendak menyaman, tetapi lupa apa yang DSAI wacanakan pada Julai 1997. (PTPTN merupakan cetusan Dato' Seri Anuar Ibrahim semasa beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan